Hardie dan Nor....Semoga Bahagia n berkekalan...

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 29 Disember 2009

Rahsia darah dan peribadi

Kengkawan nak tahu tak rahsia peribadi melalui darah kiter.... Jom kiter tengok. Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi . Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out.. DARAH O Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan. DARAH A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai. DARAH B Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. DARAH AB Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri..

Khamis, 17 Disember 2009

hargailah isteri anda

Hargailah isteri anda...... Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anakRugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerjadengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyangtetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih… Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua Kalau isteri rela berpoligami lagi besar pahalanya...( double Extra ) .Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya. Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... "Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" 10 x

Isnin, 14 Disember 2009

gambor baby....anak sedara kome

Jom tengok sapa lagi comel......ni gambor anak sedara ku yang comel- comel belaka..
anak sendiri tak ada lagi....harap harap cepat kawen n cepat dapat anak...huhu...

yang aku dukung ni anak abang aku yang sulong..abg Man n Kak ha...kiut kan,,yang pegang baby tu kiut ...hehe

yang ni Danish anak kakak aku Kok Mah...kat tempat kerja aku...Possing ni

Islah tengah Shopping kat pasaraya Aku dan Islah....haha ha....kelako, kelako Sofiea amboi....amboi.....bulat dan comel..Anak adik aku Ja...hippotenusss....hik..hik
Hencom tak saya.....nama saya Shahir....besor nanti nak jadi Menteri tak kisahlah menteri apa...
Sofea tengah di buai minpi.....
danish n tikah....nak menyelit aje.. Ada lagi anak sedara tak entry lagi ni...maklumlah keluarga ramai....nanti di upload lagi gambo....nak Lunch kejab...lapo beb lapo...

Selamat pengantin Baru....KAKLONG & ABG.DAUD

EMMM.....Ni nak entry bakal kakak ipar kawen walaupun dah lepas tapi pengantin baru lagi kan..saya pun tak terkecuali menyibuk2 buat apa yang patut n tolonglah jugak nnti nak kawen pun senang ...kui..kui...
ni...gambor abg long dah angkat nikah malam tu....nak bersalaman r dengan pak sedara kui...kui..
anak abg mie tengah possing kat kerusi pelamin....comel kan..
terentry 2 kali pulak...
mana bini aku nih...
kaklong tengah sain borang nikah...SAH.....SAH...
lihatlah wajahku nan Ayu ni....alahai....berdebar2 nyer.. AAAA....sebut AAA..ha makan jangan tak makan...